Kerjaya kelab Carlos Salcido

Guadalajara

Carlos Salcido memulakan kerjya bola sepaknya di Chivas. Beliau bermain di peringkat remaja sehinggalah beliau dipanggil untuk memasuki pasukan senior pada 2001. Beliau membuat debut untuk pasukannya dalam Primera División de México pada 22 Julai 2001, seri 1–1 menentang La Piedad pada 2001. Salcido bersama Chivas sehingga tahun 2003. Beliau menjaringkan dua gol daripada 105 perlawanan.[2] Salcido membuat kemunculan terakhirnya di Guadalajara ketika perlawanan akhir pada 1 April 2006, menang 3-2 ke atas Pachuca

PSV Eindhoven

Pada Jun and Julai berikutan Piala Dunia FIFA 2006, terdapat spekulasi mengatakan Salcido dikaitkan dengan kelab di Eropah dan satu laporan mengatakan beliau telah bersetuju menandatangani kelab Arsenal F.C. Walau bagaimanapun, spekulasi itu palsu dan beliau telah menandatangani kelab empat tahun bersama juara Belanda, PSV Eindhoven pada 10 Julai 2006.

Pada 18 November 2006, beliau menjaringkan gol pertamanya di PSV ketika menetang Excelsior Rotterdam dari jarak jauh dan perlawanan berkesudahan 4–0. Salcido juga bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA 2006-07. Dalam jumlahnya, Salcido telah bermain 48 perlawanan liga dan Liga Juara-Juara pada musim itu. Dalam musim 2007-08, Salcido diberi jersi nombor 3 yang pernah disarung oleh Michael Reiziger. Beliau juga menjadi naib kapten pasukan di belakang Timmy Simons. Dalam musim keduanya di PSV, Salcido telah bermain 33 perlawanan liga dan enam dalam Liga Juara-Juara. Dalam musim ketiganya di PSV, beliau telah bermain 28 perlawanan liga dan menajringkan dua gol. Pada musim 2009-10, Salcido telah bermain 27 perlawanan liga dan sembilan perlawanan Liga Europa.

Fulham

Selepas aksi yang baik bersama Mexico di Piala Dunia FIFA 2010, kelab Liverpool dilaporkna ingin menandatangani Salcido.[3]

Pada 26 Ogos 2010, Fulham telah bersetuju bersama PSV untuk menandatangani Salcido dengan harga £1.6 juta. Pemindahan itu akhirnya lengkap pada keesokan harinya. Beliau membuat debut untuk Fulham ketika menentang Blackburn Rovers pada 18 September 2010. Beliau membuat hantaran pada minit ke-56 kepada Clint Dempsey untuk menanduk masuk bola. Beliau meninggalkan kelab pada Ogos 2011 untuk dipinjam ke kelab Mexico, Tigres UANL.[4]

Tigres de la UANL

Pada 17 Ogos 2011, Salcido telah berpindah ke Tigres secara pinjaman. Selepas berlaku rompakan di rumahnya di Claygate, London, Salcido meminta keluarganya berpindah ke Mexico kerana berasa risau. requested to be transferred back to Mexico due to his family feeling unsettled.[5] Dalam musim pertamanya di Mexico, Salcido membantu Tigres menjuarai gelaran liga buat kali ketiga dan buat kali pertama dalam tempoh 30 puluh tahun.

Pada 7 Mac 2012, Fulham mengesahkan bahawa Salcido telah sertai Tigres secara tetap.

Kembali ke Guadalajara

Pada 20 Mei 2014, Guadalajara dilaporkan telah menandatangani Salcido.[6] Selepas beliau beraksi di Piala Dunia FIFA 2014, Salcido membuat debut untuk Chivas de Guadalajara dalam perlawanan pra-musim pada 9 Julai 2014 menentang Cruz Azul, Guadalajara menang 2-1.[7][8] Salcido membuat penampilan pertama liga bersama Guadalajara pada 20 Julai 2014 menentang Chiapas.

Rujukan

WikiPedia: Carlos Salcido http://www.fulhamfc.com/news/2012/march/07/salcido... http://www.goal.com/en/news/462/netherlands/2010/0... http://origin-www.premierleague.com/page/PlayerPro... http://archivo.univision.com/content/content.jhtml... http://www.chivasdecorazon.com.mx/noticias/22149/c... http://www.chivasdecorazon.com.mx/noticias/22435/v... http://www.unionjalisco.mx/articulo/2014/07/09/fut... http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/teams/f/f... http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/14560293....